Thursday, December 8, 2011

El-Caminito Del Rey Laluan Pendaki Maut.....


Meniti di titi setinggi 100 meter, pendaki berjalan berhati-hati di atas laluan paling merbahaya di dunia. Dan bukan mereka sahaja, serata dunia datang ke selatan Spain semata-mata untuk merasai adrenalin laluan El Caminito Del Rey yang berusia 110 tahun itu.
Anda tidak perlu untuk menjadi pendaki professional, apa yang diperlukan adalah anda haru berusia 12 tahun keatas dan tidak takut kepada tinggi. Laluan itu asalnya dikenali sebagai laluan diraja, dibina pada tahun 1905 untuk pekerja ulang alik antara dua stesyen tenaga hydroelektrik, tetapi ditutup pada tahun 2000 selepas dua pendaki mati jatuh daripada titian itu.


 Lebar titian itu hanya 1 meter, ditampung dengan sokongan yang sudah berkarat, jalan yang berlubang, tiada 'handrails' dan sesetengah daripada bahagian titi itu sudah runtuh. Kabel keselamatan telahpun dipasang di sepanjang permukaan batu dimana pendaki boleh klipkan tali keselamatan mereka sebagai langkah keselamatan melalui titian itu. Tetapi masih ramai memilih untuk tidak menggunakan sebarang alat keselamatan untuk lalu disitu.


Kerja -kerja membaik pulih bernilai £8.3 juta itu telah pun dilaksanakan untuk membuatkan titian itu selamat semula dan menarik lagi ramai pelancong ke situ. Projek membaik pulih memakan masa 3 tahun dengan menambah 'handrails, palang keselamatan, pencahayaan dan pusat tetamu.

Di lain edisi, kita akan menjelajah lagi ke beberapa lorong pejalan kaki yang merbahaya dan menguji ketahanan dan keberanian jiwa kita di beberapa tempat seperti China dan sebagainya, sehingga bertemu lagi di lain edisi...


Tuesday, December 6, 2011

KAJANG TENGGELAM!!!











Banjir di Pekan Kajang, Selangor DE, 2nd Disember 2011........

2 hb Disember yang lalu, selepas dikejutkan dengan banjir di Bangkok,Thailand, kita penghuni Kajang dan persekitaran telah mengalami satu kejadian banjir yang tidak didugakan dan jadi dengan pantas dan sekelip mata dengan kehendak Allah SWT.....

Jadi, penulis telah membuat sedikit liputan mengenainya, memandangkan penulis merupakan anak tempatan sekitaran Kajang, dan Kajang merupakan bandar utama daerah Hulu Langat. Dikatakan banjir naik memenuhi kedai2 dalam tempoh tidak sampai 15 minit pun........

Subhanallah...........Subhanallah.........Subhanallah............

Apakah ini semua hasil dosa2 kita padaNya?
Mungkinkah ini suatu lagi fasa bentuk-bentuk amaranNya pada kita semua?

Selain menyebabkan banyak kerosakan harta benda dan kenderaan serta kedai ditenggelami air, kerugian yang dialami peniaga juga amatlah besar mencecah kira2 2 juta untuk 40 peniaga sahaja......

Memanglah banjir kilat mudah berlaku di pekan ini, tetapi inilah pertama-tama kali banjir berlaku seburuk ini, kerana meskipun pernah beberapa kali banjir kilat di pekan ini, tetapi tidak pernah yang seburuk 
ini....Banjir masuk sehingga ke perkarangan ruang legar Kompleks Metro Plaza Kajang........

Membuatkan penulis berfikir, mungkin ini semua kifarah atas segala dosa-dosa yang telah kita lakukan selama ini barangkali........Wallahualam........Sekian dahulu dari saya.............

Hasil Nukilan dan Laporan : Sidi Rijjal aka Lijai

Friday, November 25, 2011

SEKITAR BANJIR BESAR DI THAILAND......


Gambar Banjir di Thailand

By Scorpian_1922 (Forum Cari)

Berikut adalah gambar-gambar terbaik yang diambil semasa banjir besar melanda negara Thailand. Lihatlah 

betapa kreatifnya mereka mengharungi bencana alam yang diturunkan oleh Allah. Inilah rakyat Thailand yang 
tidak pernah lekang daripada kreativiti jika tidak mana mungkin beras siam, pelam siam, Durian siam dan 
apa-apa pun yang dikaitkan dengan siam akan menjadi pujaan rakyat Malaysia....


Wednesday, November 23, 2011

Nasi Ayam PALING SEDAP DI DUNIA!!!! Yaahhh MARI MAKAN!!!



Hari ini, Rabu, bersamaan 23.hb10.2011, penulis telah berkunjung untuk makan tengahari di sebuah restoran tersohor di kediaman penulis (Bandar Baru Bangi), untuk menikmati hidangan Nasi Ayam yang sangat lazat dan istimewa serta tiada tolok bandingannya. Rempah istimewa dengan kicap, minyak bijan dan digaul pula dengan cili giling khas yang disediakan serta sup yang sedap serta nasinya yang lemak dan beraroma benar-benar berjaya menambat selera tuan penulis (Lijai).

Ini bukanlah kali pertama tuan Lijai bertandang ke Restoran ini, kerana sebelum ini, ada beberapa kali tuan Lijai telah berkunjung ke restoran ini untuk menikmati hidangan Nasi Ayam yang tersohor ini. Restoran yang dimaksudkan adalah Restoran Nasi Ayam Yunnan di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi. Penulis makan di sana sampai bertambahlah nak jadi cerita betapa sedapnya kan. 


Nasi Ayam di sini yang istimewanya adalah 'style' masakannya yang bukan mengikut nasi ayam biasa atau nasi ayam Hainan di mana-mana gerai, tetapi ia menggunakan 'style' Yunan. Ayamnya begitu sedap, dan kicapnya memang perghhh.....'out of dis WORLD, wa cakap lu'......harganya tidaklah begitu mahal, berbaloi la dengan kesedapannya hanya rm 6 untuk sepinggan biasa, dan untuk Special, mahal sedikit dalam rm 9 lebih kurang, ntah, penulis tak berapa ingat, penulis order biasa je....Sama je bezanya bukan apa, bila order 'special', dia bagi ayam lebih untuk 2 orang makan. Itu sahaja.


Seperti biasa, tuan Lijai hanya order satu tin Coke dengan ais sebagai minuman untuk diiringi, best! Sebab air tu bergas kan? So, saya syorkan kepada tuan-tuan dan puan-puan semua, silalah mencuba sendiri masakan Nasi Ayam terulung yang kugelarkan sebagai 'terlazat di DUNIA' ini. 



Hasil Nukilan : Lijai@Sidi Rijjal

                                         

Sunday, November 13, 2011

Pemandangan Indah Grand Canyon.


Grand Canyon- Amerika Syarikat.
The Grand Canyon
The Grand Canyon
Merupakan suatu gagasan gaung-gaung yang dalam berdekatan Sungai Colorado, Arizona, Amerika Syarikat. Ia memiliki pemandangan yang amat indah dan cantik sekali. Sepanjang 277 batu, dan 4 ke 18 batu lebar, serta kira-kira sebatu dalam, pengkaji alam dan saintis percaya Grand Canyon tercipta dari aliran dan hakisan yang dihasilkan sungai Colorado sejak 6 juta tahun dahulu.
The Grand Canyon
Grand Canyon Overlook
canyon_viewpoint
Penduduk asli Amerika membina penempatan di gua-gua sepanjang gaung sebelum kedatangan imigran Eropah. Ia juga diistiharkan sebagai tempat ziarah suci bagi suku Pueblo Asli Amerika. Rekod lawatan pertama bangsa Eropah ke sana adalah sejak tahun 1869. Walaupun bukan merupakan gaung yang terdalam di dunia, ia tetap terkenal dengan saiz besarnya dan latarbelakang lanskap yang cantik, menarik dan indah. Taman Negara Grand Canyon dikatakan merupakan salah satu taman negara pertama di Amerika Syarikat dan telah menarik kira-kira lima juta pelawat setiap tahun. Cuaca di Grand Canyon berbeza mengikut keadaan.

Salam Pengenalan

Assalamualaikum......


   Salam pengenalan kepada semua pembaca sekalian sama ada keluargaku, saudara-maraku, sahabat handai mahupun para pembaca yang tidak dikenali sekalian. Inilah julung-julung kalinya saya cuba menulis blog berkenaan selain perniagaan dan kesufian serta agama. Jadi, saya harap anda semua dapat memberi sokongan kepada saya dalam penulisan ulungku ini dan seterusnya mengeluarkan bakat penulisanku kelak.


   Dalam blog ini, saya akan membawa pembaca sekalian menjelajah lokasi-lokasi menarik dunia, di mana dengan tidak perlu melancong ke sana sendiri, kita dapat mengetahui lokasi-lokasi menarik di dunia sama ada lokasi yang cantik, berbahaya, penuh cabaran mahupun lokasi-lokasi yang moden, sofistikated dan penuh dengan panorama-panorama dan budaya serta resam setempat. 

   Kita juga akan belajar bagaimana masyarakat merata dunia menjalani kehidupan mereka dengan 'warna' dan 'rona' hidup yang jauh berbeza dan pelbagai di merata-rata dunia ini.


   Salam Pengenalan dan semoga menerima tunjuk ajar kalian. Sekian, terima kasih....

Nukilan : Sidi Rijal - Lijai - (maafkan saya kerana sepatutnya saya menghasilkan yang ini terlebih dahulu...)

Jalan Raya Paling Bahaya Di Dunia (Old Yungas Road-Bolivia)










Inilah sedikit gambar-gambar pemandangan di jalanraya yang paling bahaya di dunia mendapat jolokan dalam bahasa Latinnya 'El Camino de la Muerte' dan dalam Inggerisnya 'Death Road'. Telah disenaraikan sebagai jalanraya nombor satu paling berbahaya di dunia dengan curam dan tebing yang berbahaya, jalan yang teruk, runtuhan batu, air   yang melalui jalan dan gaung-gaung yang telah meragut ribuan nyawa sehingga kini. Adalah dianggarkan kira-kira 200 kematian dicatatkan untuk setahun di jalan ini.

Apa yang membuatkan lebih bahaya adalah jalan Yungas ini bukan sahaja dilalui kereta dan kenderaan-kenderaan kecil, tetapi Bas tempatan dan lori-lori besar turut menggunakan jalan ini. Mereka perlu memberi tumpuan yang luarbiasa kepada keadaan atas jalan kerana kesilapan yang kecil sahaja bererti maut yang menunggu. Sehingga hari ini, keadaan jalan tidak berubah dan masih begitu rupa. 

Yungas Utara (Nor Yungas, North Yungas) adalah sepanjang 69 km(43 batu) yang menghubungkan bandaraya utama Bolivia La Paz dengan Coroico di wilayah Yungas. Jalanraya ini memang dinobatkan sebagai jalan paling berbahaya di dunia kerana kondisi ekstrim jalanraya tersebut. Di beberapa lokasi tertentu, terdapat kayu salib sebagai peringatan terhadap mereka yang meninggal dunia dalam kemalangan di beberapa tempat-tempat berbahaya sepanjang jalan tersebut.

Yungas Selatan(Sor Yungas, South Yungas) pula menghubungkan La Paz dengan Chulumani 64 km(40 batu) timur dari La Paz dan jalan ini tiada bezanya dengan Jalan Yungas Utara dari istilah bahaya yang dihadapi pengguna jalan dan bahayanya.

Gaung-gaungnya adalah sedalam sekurang-kurangnya 600 meter dan jalan ini memiliki keluasan tidak melebihi 3.2 meter dan tiada sebarang penghadang jalan di tebing-tebingnya. Pada 24 Julai 1983, sebuah bas jatuh ke dalam gaung jalan Yungas ini dan membunuh 100 penumpangnya dan dikatakan kemalangan jalanraya yang terburuk di Bolivia. Selain itu, banyak lagi kemalangan dilaporkan di jalan itu.





Jalanraya ini menawarkan pemandangan yang cantik di sebalik reputasinya dengan pemandangan gunung ganang Andes yang indah, hutan belantara dan sungai yang mengalir di gaung-gaungnya. Destinasi ini ironiknya menjadi tarikan pelancong semenjak 1990'an dan menarik kira-kira 25,000 pelancong yang menyukai cabaran lasak. Menaiki basikal 'mountain bike' merupakan salah satu kegemaran penunggang basikal terutama untuk turun bukit. Kini, terdapat banyak agensi yang menjaga dan menyelenggara aktiviti ini, menyediakan maklumat, menunjuk jalan, menyediakan transportasi dan peralatan. Sejak 1998, dicatatkan 18 penunggang basikal telah terbunuh di jalan ini. Jalan ini menjadi tarikan orang luar dan telah dipaparkan dalam rancangan televisyen BBC Show, Top Gear, Bolivia Special, di mana hos-hos program melalui 1610 km(1000batu) perjalanan merentasi dari Hutan belantara Bolivia ke lautan Pasifik. Iklan Mitsubishi Outlander merupakan yang pertama difilemkan atas jalan Yungas ini. Siri kedua IRT : Deadliest Roads keluaran History Channel Ice Road Truckers, memaparkan enam orang pemandu trak Amerika Syarikat merentasi sepanjang jalan maut ini dengan membawa punggahan barang.

Jalanraya ini telah dibina sekitar tahun 1930'an semasa perang Chaco oleh tahanan-tahanan perang Paraguay  di situ. Jalan Yungas lama ini telah mulai digantikan dengan jalan Yungas baru di bahagian utara, di mana jalanraya yang lebih besar dengan berturap dan dua lorong antara Chusquipata dan Yolosa, merentasi laluan asal seksyen utara 'Jalan Maut'. Ini memberi keselamatan kepada pengguna jalanraya dan menggantikan jalan Yungas lama yang berbahaya ini. Kini, jalan Yungas Utara lama jarang digunakan, tetapi masih menarik perhatian mereka yang menyukai cabaran.