Friday, January 6, 2012

Legoland Malaysia : Johore....



Asik luar negara 'pulak' ye? Macam la kat Malaysia tercinta ni 'takde' tempat-tempat menarik nak dikunjungi ye tak? Kali ini, penulis bawa pembaca sekalian untuk melihat dan meninjau-ninjau taman tema Lego terulung di Malaysia yang bakal dibuka sekitar tahun ini juga - 2012.....Menarik ya? Jom......




 Legoland Malaysia merupakan suatu taman tema berasaskan permainan Lego yang sedang dalam pembinaan dan akan dibuka secara rasmi sekitar 2012 (tahun ini), di Nusajaya, Johor. Ia akan memuatkan lebih 40 permainan dan alat tunggangan, pertunjukan dan persembahan dan berbagai atraksi. Ia akan menjadi taman tema Legolang yang pertama di Asia menjelang perasmiannya nanti.

Legoland Malaysia akan menjadi suatu tarikan yang unik dan dijangka akan meningkatkan lagi industri pelancongan di negara kita. Ia akan meliputi kawasan seluas 5,500,000 kaki persegi(510,000 meter persegi). Kawasan sekitarnya juga akan dibangunkan dengan pusat-pusat membeli belah, hiburan, pejabat, hotel, servis apartment dan kawasan kediaman.




Legoland menyasarkan untuk menarik 1.5 juta pelancong dalam dan luar negara menjelang perasmian pembukaannya nanti. Dengan siapnya Legoland Malaysia, negara kita akan mempunyai satu lagi tarikan dan mercutanda bertaraf dunia yang pastinya dapat menarik pelancong dan orang ramai. Bolehlah anda semua membawa kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai untuk melawat taman tema terunggul ini kelak....





SIDI RIJJAL - Kalau buka nanti bolehlah siapa-siapa 'member' yang duduk Johor tu belanja ye...hehehe.....

Laluan 'Hiking' Paling Bahaya Di Dunia : Mt Huashan, China...










Assalamualaikum saya ucapkan kepada pembaca blog yang beragama Islam dan selamat sejahtera kepada pembaca Non-Muslim kuucapkan. Kali ini, penulis ingin membawa pembaca-pembaca dan pengikut blog sekalian melihat dan meninjau tapak pendakian yang dikatakan paling berbahaya di dunia, di negara China iaitu 'Mt. Huashan Hiking Trail'.

Apakah yang menobatkannya sebagai jalan laluan trek dan 'hiking' yang paling berbahaya di dunia? Kalian bolehlah tengok sendiri gambar-gambar foto trek tersebut yang penulis 'download' dari internet sendiri untuk  melihat sendiri keadaan sebenar di lokasi tersebut. Bagaimana agaknya kalau anda semua berada di sana secara 'live'? Mesti menakutkan kan? 

Antara sebab-sebab yang menjadikan laluan ini sangat merbahaya adalam cerun-cerun bukit dan gunung yang sangat curam dengan gaung yang sangat dalam. Tambahan pula sistem 'railing' adalah sangat lemah dan tidak cukup aspek keselamatan yang benar-benar dijamin selamat. Ada setengah-setengah lokasi hanya memiliki laluan papan setebal kira-kira tidak lebih dua kaki sahaja....bayangkan......sedangkan di bawah, gaung yang sangat dalam........fuhhhhhh......kalau penulis......gerenti menggigil lututlah.......

Meskipun dengan reputasi yang sangat merbahaya itu, ia tetap menjadi tarikan pelancong untuk ke sana. Di atas gunung terletak beberapa tokong lama yang menarik dan selain itu, pemandangan dari atas juga sangat cantik dan menakjubkan. Berbaloi menempuh rintangan-rintangan berat itu......

Terletak berdekatan dengan bandar Xianyang dan Xi'an, ia merupakan laluan paling berbahaya di dunia, dan bagi yang menyukai cabaran, bolehlah menerokai sendiri untuk mengalami 'debaran adrenalin' yang begitu mencabar.....