Sunday, March 25, 2012

TOKYO DISNEYLAND-The PRIDE of ASIA......


Ye tuan-tuan, dah lama rasanya saya tak 'menjenguk' laman blog ini untuk menjelajah bersama saya meninjau tempat-tempat menarik dalam dan luar negara dengan tinjauan 'sepintas-lalu', hehehehe macam gerakan sejenak gitu.....mesti kalian pembaca pon tertanya-tanya ke mana agaknya menghilang lama tak menulis.

Maaflah kepada anda semua, 'actually' dah lama tak dapat peluang berada di PC, baik laptop mahupun di Cyber Cafe sebab banyak sangat kerja.(tapi tak la kaya-kaya lagi,takat cukup makan adalah hehehe...sorry asik 'mumbling' aka meroyan je lak....). Ok, balik kepada artikel untuk hari ini, bulan ini, bulan lepas tak de buat langsung 'journey' ke mana-mana, tapi jangan risau, kita akan meninjau satu lagi tempat yang menarik untuk anda, dan sedia bersama anda, menyediakan khidmat dan bakti penuh setia.

Tokyo Disneyland main entrance

Ya, hari ini kita akan meninjau dan akan bercerita tentang TOKYO DISNEYLAND, sebuah taman tema berasaskan Animasi Walt Disney. Tokyo Disneyland adalah taman tema yang pertama Disney, di luar Amerika Syarikat dan adalah suatu 'success' untuk rakyat Jepun di mana ia menarik jutaan pelancong dalam dan luar negara dan sekaligus menaikkan ekonomi pelancongan bagi negara Jepun. Taman tema ini dibina di atas tapak seluas 115 ekar,bersamaan 464,000 meter persegi di Chiba, Jepun. Ia memulakan operasi sekitar 15 April 1983. Bagaimanapun, Tokyo Disneyland, dan taman tema yang dibina kemudian di Tokyo, TOKYO DISNEYSEA, merupakan satu-satunya taman tema Disney yang tidak dimiliki sepenuhnya oleh Disney. Ia dimiliki sebuah syarikat Jepun yang mendapat lesen dari Disney untuk menjalankan operasi.

'So', apa agaknya yang 'best'nya kat Disneyland Tokyo ni ya? Boleh 'celen' Disneyland Amerika ke?  Yang pertamanya, Taman Tema Disneyland Tokyo ini dibahagi kepada 7 bahagian utama iaitu, World Bazaar, Adventureland,Fantasyland,Westernland,Tomorrowland,Critter Country dan Mickeys Toontown. 'So' apa kata kita cuba jelajah apa yang ada 'on these parts' of this 'theme park'. Jomm.........


World Bazaar

'Okay', 'the first is' kita ada di sini World Bazaar. World Bazaar merupakan gerbang utama sebaik sahaja memasuki taman tema Disney ini dan ia juga merupakan pusat beli belah dalam taman tema ini. Ia merupakan koridor utama di taman tersebut dan di sebalik penggunaan nama 'world', ia mengambil inspirasi 'set up' jalan-jalan Amerika dan pemandangan kota-kota Amerika Syarikat sekitar awal abad ke 20 menyerupai 'Main Street,USA' yang terdapat di Magic Kingdom Disneyland di Anaheim, California,USA. Ia terbahagi kepada dua lorong iaitu 'Main Street', dan Center Street, membawa penonton ke destinasi seperti Tomorrowland dan Adventureland di satu hujung yang lain.

Lepas itu, kita masuk pula ke tempat yang kedua iaitu Adventureland yang terdiri dari dua bahagian iaitu tema New Orleans, dan tema 'hutan belantara'. Ia tidak banyak berbeza dengan apa yang ada di Disneyland Amerika Syarikat. Antara tarikan utama di sini adalah 'Pirates of the Carribean, Jungle Cruise dan The Enchanted Tiki Room.

Ok, selepas itu kita ke tempat berikutnya, tempat yang ketiga iaitu Westernland. Namanya sudah cukup memberi gambaran tentang latar belakang 'Old West', zaman 'cowboy-cowboy' gitu.....Yeeeeehaaaaa.......ia tidak jauh berbeza dengan 'Frontierland' di Disneyland Amerika dan taman Westernland ini dirintangi sungai 'Rivers of America', ciptaan manusia yang mana di situ, pengunjung boleh menaiki Mark Twain Boat, di situ juga ada Tom Sawyer island berasaskan cerita Tom Sawyer dan ada haiwan-haiwan 'Audio-Animatronic'. Hehehe, jangan tanya saya.....saya pun tak tau 'pekebenda' tu. Tapi, penulis berpendapat ia seperti haiwan yang digerakkan 'jentera atau mesin', macam yang penulis pernah pergi masa 'kecik-kecik' dulu kat 'Lot 10,Bukit Bintang'-pertunjukan Dinosour 'hidup, semuanya seolah-olah 'hidup'. Lain-lain yang menarik di sini adalah 'Big Thunder Mountain' dan 'Country Bear Theathre'.

Big Thunder Mountain

Maka sekarang, punya la penat dah berjalan, apa......??? Separuh pun tak habis lagi??? Adesss.....rileks jap.....rileks japp...........DENGAR TAK???...........RILEKS JAPP???......kaki dah lenguh baiiii............ (hehehee..........rileks bro and sis, gurau je.....'i know u dont wanna come here just to stop for nothin' rite? hehehe........just jokin'......hehehe)

Cinderella' s Castle

Ok jalan punya jalan, kita dah pun sampai ke tempat yang keempat, iaitu di Fantasyland. Yeahhhh.....'dis it what i like it'. Penulis memang sangat berminat dengan apa-apa sahaja berkaitan 'fantasi'. Fantasilah yang membina manusia sebenarnya. Hehehe....dengan ber'fantasi' maka kita menjadi kreatif dan mampu berfikir 'out of the box'. Serupa dengan Disney Magic Kingdom Amerika, di tengah-tengah Fantasyland berdiri sebuah mahligai yang cantik milik Snow White Corporation....hehehe.....gurau je tu.....'anyways' mahligai itu dipanggil Cinderella's Castle sempena kisah dongeng Cinderella. Ada sebuah tarikan menaiki sebuah 'kenderaan' yang bergerak melalui 'scene-scene' yang diambil dari filem Disney seperti Snow White, Peter Pan dan Pinocchio. Lain-lain tarikan adalah The Haunted House, It's A Small World dan Pooh's Hunny Hunt. Mak aiii, best'nya.....sob......sob......sob(saya cuma mampu mimpi je nak ke sana...)

'It's A Small World'-afterall...

Jadi sekarang kita tiba di Tomorrowland, tempat yang kelima, di mana semuanya memaparkan dunia 'urban' dan dalam kata lain lebih memaparkan keadaan komuniti sekarang dari 'memaparkan tentang masa hadapan'. Ada kenderaan 'ala-ala ' 'Roller Coaster'  iaitu Star Tours dan Space Mountain. (baru la aku faham kenapa taman tema Disney boleh kaut juta-juta billion sales, dengar pun menarik gila, kita bukan 'citer' pasal Sunway Lagoon 'geng' ....)

Dua lagi bahagian dalam taman tema ini sebenarnya adalah cuma 'small section' sahaja dibanding dengan bahagian-bahagian lain iaitu Critter Country dan Toontown. Critter Country ni 'kecik' je kawasan dia, dan tarikan utama kat sini adalah Splash Mountain. Lanskap sekitaran kawasan ini dipenuhi dengan hiasan-hiasan pokok dan bunga dan ada kedai-kedai dan restoran-restoran di sini untuk pengunjung. Jadi.....lapar 'pulak' rasanya dah berjalan jauh ni. Jom kita makan hehehe.....acah je....pergi pun cara 'batin', tak sampai sana pun, makan pun cara batin je lah.........grrrrrrrr.......sorry mumbling lagi......Ok, 'what we have here?' Oh.....ini antara tempat tarikan yang 'best' walaupun 'kecik' je- Toontown di mana ia di'warnai' dengan banyak pengaruh filem 'Who Framed Roger Rabbit'. Tarikan utama di sini adalah menaiki kereta 'Roger Rabbit Car Toon Spin'. Pelik 'benor' nama dia.....tak kisah la tu.......Ada lagi beberapa tarikan lain di sini iaitu Mickey's House And Meet Mickey....ha, ini memang tempat untuk 'Mickey's fans out there.-check it out- yeahhh!!!...........Di sini selalu penuh dengan pelancong dan pengunjung......


Ok, dah habis kita jelajah, jari 'I' pun dah sakit-sakit menaip, so 'ADIOS AMIGOS BABEH...." 'See you again at the same time, same channel and same writer and outhor-RizalMachoBaban aka Sidi Rijjal aka RizalMistik....hahahaha byeee...............('same' la sangat hehehe, jengok pon jarang, anyways....)