Friday, January 6, 2012

Laluan 'Hiking' Paling Bahaya Di Dunia : Mt Huashan, China...










Assalamualaikum saya ucapkan kepada pembaca blog yang beragama Islam dan selamat sejahtera kepada pembaca Non-Muslim kuucapkan. Kali ini, penulis ingin membawa pembaca-pembaca dan pengikut blog sekalian melihat dan meninjau tapak pendakian yang dikatakan paling berbahaya di dunia, di negara China iaitu 'Mt. Huashan Hiking Trail'.

Apakah yang menobatkannya sebagai jalan laluan trek dan 'hiking' yang paling berbahaya di dunia? Kalian bolehlah tengok sendiri gambar-gambar foto trek tersebut yang penulis 'download' dari internet sendiri untuk  melihat sendiri keadaan sebenar di lokasi tersebut. Bagaimana agaknya kalau anda semua berada di sana secara 'live'? Mesti menakutkan kan? 

Antara sebab-sebab yang menjadikan laluan ini sangat merbahaya adalam cerun-cerun bukit dan gunung yang sangat curam dengan gaung yang sangat dalam. Tambahan pula sistem 'railing' adalah sangat lemah dan tidak cukup aspek keselamatan yang benar-benar dijamin selamat. Ada setengah-setengah lokasi hanya memiliki laluan papan setebal kira-kira tidak lebih dua kaki sahaja....bayangkan......sedangkan di bawah, gaung yang sangat dalam........fuhhhhhh......kalau penulis......gerenti menggigil lututlah.......

Meskipun dengan reputasi yang sangat merbahaya itu, ia tetap menjadi tarikan pelancong untuk ke sana. Di atas gunung terletak beberapa tokong lama yang menarik dan selain itu, pemandangan dari atas juga sangat cantik dan menakjubkan. Berbaloi menempuh rintangan-rintangan berat itu......

Terletak berdekatan dengan bandar Xianyang dan Xi'an, ia merupakan laluan paling berbahaya di dunia, dan bagi yang menyukai cabaran, bolehlah menerokai sendiri untuk mengalami 'debaran adrenalin' yang begitu mencabar.....





No comments:

Post a Comment